Nuffnang.com.my

Friday, December 6, 2013

Aiman Syafiq

Bismillah,

Asyik bercerita tentang Amni saja, hari ini jom bercerita tentang anak bujang saya..Aiman Syafiq. Umurnya baru 8 bulan, insyaAllah hujung bulan ini masuk 9 bulan. Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya macam baru semalam melahirkan Amni. Kini, muncul pula Aiman.

Buah hati mama - Aiman Syafiq
Alhamdulillah, sehingga kini Aiman membesar dengan baik dan sihat. Sekarang mamanya kena buka buku resepi untuk baby semula sebab Aiman dah mula makan. Petang tadi buat perbandingan gambar si kecik berdua ini..eh..eh, saling tak tumpah pula muka budak-budak berdua ini. Kalau letak gambar bersebelahan macam ini tentu ramai yang ingat kembar, kan?




Ha, teringat tentang Aiman yang dah mula makan, di sini saya kongsikan food chart yang saya gunakan sebagai rujukan untuk sediakan makanan Aiman.

Sumber

Selain tu, rupanya budak berdua ni ada agenda lain. Si kakak ni dengan selambanya suapkan adiknya yogurt strawberry. Tengok-tengok kenapalah budak-budak ini senyap semacam saja..rupa-rupanya mulut adik yang penuh dengan yogurt kakak...hai, kakak nak tolong mama bagi makan kat adik yea..


Mama dah ada pembantulah lepas ni... :)









Monday, November 18, 2013

Selamat Hari Lahir Sayang...

Assalamualaikum,

Baru-baru ini kami sekeluarga keluar makan di luar. Kononnya  nak menyambut hari lahir saya dan Amni. Tarikh lahir kami hampir sama, saya pada 8 November dan Amni pada 9 November. Kalau ikutkan due semasa mengandungkan Amni dulu, Amni sepatutnya lahir pada 11 November, tapi dah kuasa Tuhan, Amni nak keluar awal..tak dapatlah tarikh cantik  11/11/11. Tak apalah, yang penting anak mama  ni jadi orang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat.

Selamat hari lahir yang ke-2 tahun, sayang...

Sunday, October 20, 2013

"Mama..akitla...akitla.."

Assalamualaikum,

"Mama..akitla..akitla..." 

Hati ibu manalah yang tak sayu bila anak mengaduh dan menangis macam ini setiap hari.

Lama sungguh tak update blog ini. Tak menyempat, dah jadi mak orang ini, ada saja tugasan yang perlu diutamakan,kan? Hari ini dapatlah juga kosongkan schedule harian yang tak pernah kosong tu.

Baiklah. Hari ini saya nak kongsikan sedikit pengalaman bersama Amni di bilik air. 

Inilah masa yang kadang-kadang buat saya rasa agak berat nak buat. Bukan apa, tahulah Amni, dah nama pun budak, bila gatal kulitnya datang (sebenarnya setiap hari gatal kulitnya datang..huhu), garunya sampai ke tahap maksima. Tak pernah tidak luka kulitnya, paling sedikit melecet, paling teruk luka dalam dan bengkak, pernah juga sampai kena infection dan bernanah. Jadi kalau nak mandi memang menjadi satu cabaran - pedih, menjerit-jerit, meronta-ronta bila terkena air, Allah saja yang tahu.

Maka, kami pun mula cari-cari apa yang boleh membantu. Setakat ini, ramuan di bawah ni lah antara air yang pernah kami gunakan untuk mandikan Amni (dengan harapan sakit kulitnya sembuh dan dia tak meronta-ronta bila kena air):-

1. Air bacaan doa (yang ni dapat dari pelbagai sumber, ada yang dari ustaz di Darul Syifa', ada yang dari imam dan ada juga yang dari pengamal perubatan tradisional)
2. Air rebusan daun sireh
3. Air bercampur Epsom Salt
4. Air rebusan inai dan sireh
5. Air bercampur oat
6. Normal saline (yang gunakan untuk cuci contact lens tu)

Antara senarai air di atas, yang dapat bantu kurangkan pedih bila terkena adalah campuran dengan oat. Selepas berendam dengan air ini, kulit terasa lembut dan mulus saja. Nak tahu caranya? next post ye.

Walau macamanapun, pada pandangan saya, normal saline adalah the best. Langsung tak pedih bila terkena kulit Amni yang luka tu. Tapi takkan kita nak beli berbotol-botol normal saline,kan? Saya pun tak beli sampai berbotol-botol. Saya cuma basahkan pada luka Amni sebelum mandi. Bila dah kulit sudah basah dengan normal saline, terkena air biasa pun dah tak pedih. Kemudian boleh lah mandi dengan senang hati. So, siapa-siapa yang terluka tu, kalau tak mahu pedih terkena air, basahkan dulu luka dengan normal saline, InsyaAllah tak sakit.


Thursday, October 10, 2013

Resepi nasi butter

Assalamualaikum,

Ha, hari itu ada dapat feedback dari sahabat, nak resepi nasi butter,kan? Jom kita masak sama-sama.. Sebenarnya resepinya sama saja dengan nasi minyak, cuma tak letak susu saja..haha.

Jom try resepi ini.

Bahan-bahan:
(saya tak sukat. Semuanya main agak-agak saja)
Bawang merah
Halia
Butter
Beras
Stok ayam
Secubit garam
Minyak zaitun (optional)

Cara memasak: 
Mula-mula sediakan stok ayam. Rebuskan saja ayam tu..pakai tulang-temulang ayam  pun boleh. Sambil-sambil tu cuci beras dan toskan.


Selepas itu, letakkan periuk atas api dan masukkan sepotong butter (agak-agak cukup untuk menumis). Panaskan sehingga butter cair. Kemudian tumiskan bawang dan halia sampai naik bau.


Bila sudah naik bau, masukkan beras yang dah dicuci tadi. Kacau-kacau sekejap dan kemudian masukkan stok ayam ikut ukatan beras tadi. Masukkan juga sedikit garam. Senang saja...Kadang-kadang saya ada juga masukkan minyak zaitun. Bila nasi dah masak nanti, akan ada bau wangi dan rasa manis minyak zaitun. Sedap.

  

Sambung semula cerita resepi tadi. Selepas masukkan stok ayam, angkat periuk tadi dan masak gunakan rice cooker macam biasa. Siap.

Nasi butter dah kena makan separuh
 
Biasanya saya akan sediakan ayam masak merah untuk dimakan dengan nasi butter ini. Mmm, mungkin makan dengan ayam panggang pun sedap kot. Lain kali boleh cuba makan dengan lauk ayam panggang pula.

Lepas siap, boleh lah makan beramai-ramai dengan keluarga. Selamat mencuba.

Monday, October 7, 2013

Steroid vs semulajadi?

Assalamualaikum w.b.t.,


Inilah koleksi ubat-ubatan yang kami bawa balik setiap kali ada "appointment" Amni di hospital (sebulan sekali). Bermacam-macam jenis ubat dan krim jadi buah tangan. Ada yang mengandungi steroid (seperti krim H-cort dalam gambar di atas) pelbagai jenis krim pelembap (yang di dalam gambar tu pelembap Aqueous Cream dan Vaseline) dan juga krim antibiotik. Ini belum masuk ubat "anti-histamin" untuk dimakan.

Tapi ini kisah beberapa bulan yang lepas. Sejak mengenali support group untuk ekzema, kami tak lagi mengunjungi doktor di hospital. Sekiranya ada pun, hanya untuk "follow-up routine" tumbesaran Amni di klinik kesihatan sahaja (itupun selalu ditembak dengan pelbagai soalan dari misi "tak follow-up hospital ke? Doktor kata apa? Cuba la ubat ni"..dan macam-macam lagi soalan..huhu)

Sememangnya diakui krim mengandungi steroid sangat banyak membantu Amni dalam pengurusan ekzema. Ekzemanya cepat kering dan sembuh apabila disapukan dengan krim steroid. Namun memikirkan kulitnya sudah didedahkan dengan steroid sejak umur 6 bulan, kami cuba untuk mengurangkan penggunaan steroid, dan mula gunakan bahan-bahan berasaskan semula jadi.

Kita akan kongsikan mengenai bahaya steroid kepada ekzema dan produk semulajadi pilihan kami di post akan datang.

Thursday, October 3, 2013

Asid atau alkali..yang mana satu?

Assalamualaikum w.b.t.,

Pagi ini saya hendak bercerita serba sedikit mengenai pemakanan. Kelmarin saya dapat komen dari sahabat minta kongsikan pemakanan yang saya amalkan untuk Amni. Makanya di sini saya kongsikan serba sedikit apa yang saya beri Amni makan.

Amni memang anak yang susah nak makan. Biasalah, kanak-kanak, dia hanya makan apa yang dia hendak sahaja. Itu pun dalam kuantiti yang sedikit. Terus-terang saya katakan, saya pun masih belajar dan "struggle" hendak beri makan pada puteri kecil ini.

Walau bagaimanapun, saya cuba berikan Amni makanan mengikut sifat keasidannya. Kenapa? Memandangkan salah satu faktor timbulnya "flare-up" ekzema adalah disebabkan sistem imun yang masih belum matang, makanya tindakan perlu dilakukan dari dalam badan, yang mana makanan yang diambil, kalau bole, biarlah jenis yang boleh membatu menguatkan sistem imun badannya.

Maka, di sini bermulalah "journey" saya, bermula dari bertanya di "support group" hinggalah pencarian sendiri jawapan kepada persoalan-persoalan mengenai ekzema ini. 

Apa yang saya amalkan untuk Amni adalah pemakanan yang sedikit beralkali. Memang nampak juga sedikit perbezaan bila saya tukarkan diet Amni. Amni mula kurang masalah kembung, ekzemanya juga sedikit terkawal, luka kulitnya pun lebih mudah kering dan sembuh.

Saya gunakan carta di bawah sebagai rujukan.

Sumber: http://greenopedia.com/article/alkaline-food-chart-degree

Buat masa ini makanan pilihan Amni adalah pasta, mi, bihun, nasi, ikan, ayam, carrot, pisang, betik, mangga dan anggur. Sungguhlah tidak banyak "variety" anak mama ini makan. Amni juga lebih berselera jika mamanya masakkan nasi butter, resepi dari Tok Maknya.. Terima kasih Tok Mak, memang sedap resepi nasi tu, Amni suka sangat..

Oh, di samping itu, saya juga amalkan renjis sedikit minyak zaitun pada makanan Amni. Bukan sahaja bagus untuk sistem imun Amni, malah juga boleh membantu menaikkan berat badannya.

Sedapnya mango milkshake ni...

Wednesday, September 25, 2013

Ekzema oh ekzema

Ekzema? Mungkin golongan yang dah bergelar ibu bapa tahu serba sedikit mengenai ekzema. Maklumlah, bila dah ada anak, macam-macam informasi kita cuba cari dalam mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Secara tak langsung, mungkin kita akan terjumpa atau terserempak dengan beberapa kes berkenaan ekzema ni.

Jadi, apa sebenarnya ekzema? 

Ekzema merupakan keadaan kulit yang merengsa atau keradangan sehingga menyebabkan timbulnya simtom seperti kemerahan, ruam, kegatalan, berair dan macam-macam lagi. Ekzema juga ada dikaitkan dengan sistem imun badan yang lemah (boleh rujuk link ini http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/guide/atopic-dermatitis-eczema). Ekzema juga boleh menjadi tersangatlah gatal sampaikan orang dewasa macam saya ni pun tak boleh tahan, apalagi kanak-kanak macam Amni yang tak pandai lagi nak bercakap tu.

Ekzema dengan luka pada jari tengah dan manis yang dah mula kering
Ekzema boleh muncul semasa seseorang itu masih bayi lagi, dan selalunya akan hilang bila dah meningkat dewasa. 

Tapi tidak bagi saya, ekzema pada tangan saya masih ada, cuma terkawal dan hanya muncul bila stress (contohnya bila saya sangat mengantuk, dan bertahan supaya tak tidur, secara automatik tangan saya akan gatal..maka dapatlah hasil seperti gambar di sebelah tu..)

Tapi, jangan risau, ekzema mungkin tak dapat diubati sepenuhnya (sebab ada sesetengah ekzema juga berpunca dari genetik..macam saya), tapi ekzema masih boleh dikawal dan ianya tidak berjangkit.


Gambar di atas tu pula gambar Amni semasa umurnya 7 bulan. Kalut kami suami isteri sebab masa ni ekzema Amni dah mula naik ke muka, ditambah pula dia dah mula pandai nak menggaru. Setiap malam akan ada tragedi berdarah sebab memang Amni akan menggaru sampai berdarah kulitnya dek kerana gatal (walaupun kuku dah sehabis pendek).

Kami pun bertanya pada mak saya tentang pengalamannya,  rupa-rupanya semasa saya kecil, macam ini jugalah saya. Setiap malam cadar berdarah. Mak dan bak tak cukup tidur disebabkan saya yang tak boleh tidur kerana kulit yang gatal..oh kisahnya..bersabarlah wahai hati
.




Saturday, September 21, 2013

Amni dan ekzema


Macam inilah gayanya Amni bila nak tidur. Tak kira tidur siang, atau tidur malam, memang inilah gayanya. Tergaru-garu, terguling-guling, merengek-rengek.. sampailah terlelap. Sukarnya nak tidur, sampai tidur malamnya pun selalu terganggu. Kenapa macam ini?

Ekzema. 

Kulit Amni mula menunjukkan tanda-tanda ekzema sejak umurnya mencecah 6 bulan. Kini, umur Amni sudah mencapai setahun 10 bulan. Selama itu jugalah kami sekeluarga menghadapi cabaran ini. Amni apatah lagi,kan? Tabahnya kamu, nak...

Inilah kisah puteriku. Inilah kisah Amni.

Wednesday, September 18, 2013

Langkah pertama - blogging!

Assalamualaikum w.b.t.,

Salam perkenalan buat semua...

19 Sept 2013, 2.04 am...berfikir dan berfikir, akhirnya nekad!

Bermulalah langkah pertamaku untuk menjinakkan diri dalam dunia blogging (serta alam penulisan).

Terima kasih buat cikgu-cikgu yang sentiasa sedia membantu memberikan tunjuk ajar dan khidmat nasihat, Zaila Mohamad dan Wan Rokiah... eh...macam ayat dedikasi Hari Guru pulak, yang penting ikhlas (^^,).

Moga-moga blog ini akan memberikan manfaat kepada semua dan juga diri saya sendiri...aminn..

Terimalah sedikit pengenalan ringkas daripada saya.
Buat semua pembaca, salam perkenalan sekali lagi dan selamat membaca.
Enjoy your reading~


"Yoroshiku-onegaishimasu~"
p/s: dulu pernah jadi peminat anime, sempat belajar ayat ni..hehe