Nuffnang.com.my

Thursday, October 3, 2013

Asid atau alkali..yang mana satu?

Assalamualaikum w.b.t.,

Pagi ini saya hendak bercerita serba sedikit mengenai pemakanan. Kelmarin saya dapat komen dari sahabat minta kongsikan pemakanan yang saya amalkan untuk Amni. Makanya di sini saya kongsikan serba sedikit apa yang saya beri Amni makan.

Amni memang anak yang susah nak makan. Biasalah, kanak-kanak, dia hanya makan apa yang dia hendak sahaja. Itu pun dalam kuantiti yang sedikit. Terus-terang saya katakan, saya pun masih belajar dan "struggle" hendak beri makan pada puteri kecil ini.

Walau bagaimanapun, saya cuba berikan Amni makanan mengikut sifat keasidannya. Kenapa? Memandangkan salah satu faktor timbulnya "flare-up" ekzema adalah disebabkan sistem imun yang masih belum matang, makanya tindakan perlu dilakukan dari dalam badan, yang mana makanan yang diambil, kalau bole, biarlah jenis yang boleh membatu menguatkan sistem imun badannya.

Maka, di sini bermulalah "journey" saya, bermula dari bertanya di "support group" hinggalah pencarian sendiri jawapan kepada persoalan-persoalan mengenai ekzema ini. 

Apa yang saya amalkan untuk Amni adalah pemakanan yang sedikit beralkali. Memang nampak juga sedikit perbezaan bila saya tukarkan diet Amni. Amni mula kurang masalah kembung, ekzemanya juga sedikit terkawal, luka kulitnya pun lebih mudah kering dan sembuh.

Saya gunakan carta di bawah sebagai rujukan.

Sumber: http://greenopedia.com/article/alkaline-food-chart-degree

Buat masa ini makanan pilihan Amni adalah pasta, mi, bihun, nasi, ikan, ayam, carrot, pisang, betik, mangga dan anggur. Sungguhlah tidak banyak "variety" anak mama ini makan. Amni juga lebih berselera jika mamanya masakkan nasi butter, resepi dari Tok Maknya.. Terima kasih Tok Mak, memang sedap resepi nasi tu, Amni suka sangat..

Oh, di samping itu, saya juga amalkan renjis sedikit minyak zaitun pada makanan Amni. Bukan sahaja bagus untuk sistem imun Amni, malah juga boleh membantu menaikkan berat badannya.

Sedapnya mango milkshake ni...

2 comments:

  1. Boleh sharekan di sini resepi nasi butter yang dimasak?
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..nanti saya bukakan post baru untuk resepi tu ye.. :)

      Delete