Nuffnang.com.my

Sunday, October 20, 2013

"Mama..akitla...akitla.."

Assalamualaikum,

"Mama..akitla..akitla..." 

Hati ibu manalah yang tak sayu bila anak mengaduh dan menangis macam ini setiap hari.

Lama sungguh tak update blog ini. Tak menyempat, dah jadi mak orang ini, ada saja tugasan yang perlu diutamakan,kan? Hari ini dapatlah juga kosongkan schedule harian yang tak pernah kosong tu.

Baiklah. Hari ini saya nak kongsikan sedikit pengalaman bersama Amni di bilik air. 

Inilah masa yang kadang-kadang buat saya rasa agak berat nak buat. Bukan apa, tahulah Amni, dah nama pun budak, bila gatal kulitnya datang (sebenarnya setiap hari gatal kulitnya datang..huhu), garunya sampai ke tahap maksima. Tak pernah tidak luka kulitnya, paling sedikit melecet, paling teruk luka dalam dan bengkak, pernah juga sampai kena infection dan bernanah. Jadi kalau nak mandi memang menjadi satu cabaran - pedih, menjerit-jerit, meronta-ronta bila terkena air, Allah saja yang tahu.

Maka, kami pun mula cari-cari apa yang boleh membantu. Setakat ini, ramuan di bawah ni lah antara air yang pernah kami gunakan untuk mandikan Amni (dengan harapan sakit kulitnya sembuh dan dia tak meronta-ronta bila kena air):-

1. Air bacaan doa (yang ni dapat dari pelbagai sumber, ada yang dari ustaz di Darul Syifa', ada yang dari imam dan ada juga yang dari pengamal perubatan tradisional)
2. Air rebusan daun sireh
3. Air bercampur Epsom Salt
4. Air rebusan inai dan sireh
5. Air bercampur oat
6. Normal saline (yang gunakan untuk cuci contact lens tu)

Antara senarai air di atas, yang dapat bantu kurangkan pedih bila terkena adalah campuran dengan oat. Selepas berendam dengan air ini, kulit terasa lembut dan mulus saja. Nak tahu caranya? next post ye.

Walau macamanapun, pada pandangan saya, normal saline adalah the best. Langsung tak pedih bila terkena kulit Amni yang luka tu. Tapi takkan kita nak beli berbotol-botol normal saline,kan? Saya pun tak beli sampai berbotol-botol. Saya cuma basahkan pada luka Amni sebelum mandi. Bila dah kulit sudah basah dengan normal saline, terkena air biasa pun dah tak pedih. Kemudian boleh lah mandi dengan senang hati. So, siapa-siapa yang terluka tu, kalau tak mahu pedih terkena air, basahkan dulu luka dengan normal saline, InsyaAllah tak sakit.


2 comments:

  1. Ya Allah, sabar banyak2 dayah yer..banyak pahala ko dapat jika bersabar

    Bagus info ni..xpernah aku tahu pasal normal saline tu

    Budak-budak memang suka main air, kesian Amni, tahan ye..tak lama lagi sembuh la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nangis aku baca komen ko Roky..huhu..igt kt Amni pnye pasal..skrg kesihatan kulit dia agak merundum sikit..sejak last flare up buln puasa aritu smpai sekrg masih belum reda lagi..kali ni paling lama flare up dia aku rase..ni pon tgh cari alternatif lain sebab krim n ubat dia skrg dah tak nampak kesan lagi..tu kitorang pn dah tak pernah cukup tidor skrg..emosi pn agak terganggu gak..huhu

      Delete