Nuffnang.com.my

Thursday, October 10, 2013

Resepi nasi butter

Assalamualaikum,

Ha, hari itu ada dapat feedback dari sahabat, nak resepi nasi butter,kan? Jom kita masak sama-sama.. Sebenarnya resepinya sama saja dengan nasi minyak, cuma tak letak susu saja..haha.

Jom try resepi ini.

Bahan-bahan:
(saya tak sukat. Semuanya main agak-agak saja)
Bawang merah
Halia
Butter
Beras
Stok ayam
Secubit garam
Minyak zaitun (optional)

Cara memasak: 
Mula-mula sediakan stok ayam. Rebuskan saja ayam tu..pakai tulang-temulang ayam  pun boleh. Sambil-sambil tu cuci beras dan toskan.


Selepas itu, letakkan periuk atas api dan masukkan sepotong butter (agak-agak cukup untuk menumis). Panaskan sehingga butter cair. Kemudian tumiskan bawang dan halia sampai naik bau.


Bila sudah naik bau, masukkan beras yang dah dicuci tadi. Kacau-kacau sekejap dan kemudian masukkan stok ayam ikut ukatan beras tadi. Masukkan juga sedikit garam. Senang saja...Kadang-kadang saya ada juga masukkan minyak zaitun. Bila nasi dah masak nanti, akan ada bau wangi dan rasa manis minyak zaitun. Sedap.

  

Sambung semula cerita resepi tadi. Selepas masukkan stok ayam, angkat periuk tadi dan masak gunakan rice cooker macam biasa. Siap.

Nasi butter dah kena makan separuh
 
Biasanya saya akan sediakan ayam masak merah untuk dimakan dengan nasi butter ini. Mmm, mungkin makan dengan ayam panggang pun sedap kot. Lain kali boleh cuba makan dengan lauk ayam panggang pula.

Lepas siap, boleh lah makan beramai-ramai dengan keluarga. Selamat mencuba.

2 comments:

  1. as salam. terima kasih share step by step nak masak nasi ni. nak cuba nanti

    ReplyDelete
  2. sama-sama..alhamdulillah..sedap nasi ni..anak pn suka..cubalah..nnt bgtau ok ke tak ye..

    ReplyDelete