Nuffnang.com.my

Wednesday, June 11, 2014

Resepi puding custard dan kuah susu


Assalamualaikum,


Haha..lama sungguh la tak update blog ni..marah dah cikgu-cikgu saya tak tahu nak nasihat macamane dah makcik yang sorang ni. Lamanya macam setahun dah tak update blog ni. Minta ampun cikgu!! (senyummmm....... ^_^ )


Ini berminggu-minggu lepas punya kisah. Konon hendak treat family sebab lama dah sangat tak buat dessert ni. Kena pula hari cuti hujung minggu ada masa free dan ada pula baki dried apricot dalam peti sejuk ni. Maka makcik ni pun sibuk la tengok-tengok ingredient cukup ke idok. Alhamdulilah cukup..bolehla buat satu batch puding dan kuah susu.



Kawan-kawan kalau nak try bole la tengok resepi di bawah tu.

Puding custard dan kuah susu (8 orang makan):

2 tin susu cair
3/4 cawan custard powder Bird's custard
Serbuk koko/milo - optional untuk perisa coklat
Buah segar/kering - optional
Gula secukup rasa
Air secukupnya
** saya pakai ukuran cawan dan tin je..senang..


Cara-cara:

Puding custard:
  1. Susu cair (1 tin)  dicampurkan dengan air (1 setengah tin)  dan gula secukup rasa disatukan dalam periuk. Biasanya untuk puding saya buat manis-manis buah saja. Campuran ini dipanaskan sambil kacau sikit sehingga gula dah larut. 
  2. Kemudian masukkan 3/4 cawan tepung custard tadi dan kacau sehingga pekat. Nak masukkan tepung custard kena hati-hati sebab takut berketul. Biasanya saya akan larutkan dulu  dan masukkan perlahan-lahan ke dalam periuk sambil kacau.
  3. Kalau nak puding perisa coklat, boleh la masukkan koko masa ni.
  4. Bila dah puas hati dengan rasa dan kepekatan puding, boleh la masukkan dalam bekas comel-comel untuk disejukkan. Gunakan buah segar sebagai hiasan.
Kuah susu:

  1. Susu cair (1 tin) dicampurkan dengan air (2 tin) dan gula secukup rasa (untuk kuah saya suka manis sikit sebab puding dah sedikit tawar). Panas dan kacaukan campuran ini sehingga gula larut.
  2. Tambahkan 1 sudu besar tepung custard dan kacau sehingga sebati.
  3. Bila sudah sebati, boleh la masukkan dalam jag untuk disejukkan.
Sejukkan puding dan kuah susu dalam peti ais, petang-petang boleh la makan seisi keluarga.

Selamat mencuba.