Nuffnang.com.my

Sunday, October 11, 2015

Ku jadi inpatient hospital

Hmmm....lama sungguh tak update blog ni..mesti cikgu marah ni :)) tengok-tengok tarikh entry terakhir dengan tarikh harini, wow!! dah lebih setahun terbiar bersawang blog nih. Anyway, sementara ada bannyyyaaaaakkk masa lapang ni, bole la try update semula..moga-moga tak de la hangat-hangat tahi ayam lagi.

Kenapa banyak masa lapang? sebab sekarang aku ni dah jadi inpatient di Hospital Kajang. Masuk harini dah seminggu jadi penghuni hospital ni. Ni semua sebab kes uri bawah yang dah ter"bleeding" minggu lepas la ni. Semuanya start bila aku hamil dengan uri bawah (placenta previa) tahap 2. Memang dah dikesan sejak hamil 25 minggu lagi, tapi masa tu tak de la nak risau sangat sebabnya doktor yang cek tu kata masih banyak masa lagi untuk uri tu naik. "Jadi puan jangan risau-risau, just banyakkan rehat dan elakkan angkat benda berat untuk bagi lebih peluang uri tu naik" Lebih kurang camtulah kata-kata doktor tu.

Appointment next month, doktor scan uri lagi. Rupanya siikiiiiiiit je naik uriku ini. Terus doktor kata "OK, takpe, masih ada peluang uri untuk naik, tapi saya akan bookingkan hospital siap-siap dan refer pada pakar untuk tengok balik uri puan, ye". Ha, kat sini aku dah start tertanya-tanya dah, "Abesla, ntah-ntah aku ni nak kena bersalin czer tak". Berderauuuu darah memikirkan...

30 September 2015, aku ke Hospital Kajang untuk refer pakar kes uri bawah ni. Doktor yang cek pula buat muka pelik sambil cakap kat kawan sebelah dia "Eh, patient ni refer sebab PP, tapi elok je kat atas uri ni...". Kawan yang sebelah pula scan "Yela, I rase dah naik dah uri ni. Lagipun first detected at 25 weeks,kan..no wonder la. So, puan jangan risau, uri dah naik atas ni". Aku pun balik dengan muka happynye..Alhamdulillah, nampaknya bolehlah bersalin normal dan elakkan czer.

Malam tu, badan start rasa sakit-sakit..demam, sakit kepala yang amat, seluruh sendi rase nak tercabut. Panggil hubby minta tolong urutkan sendi-sendi yang rase nak tercabut ni. Esoknya, condition masih sama, dah tak tahan sangat, telan la jugak Panadol Actifast yang selama ni cuba dielakkan bila pregnant. 

2 Oktober 2015, subuh tu, lepas solat, cakap kat hubby "Tolong picitkan kepala, bahu, pinggang n lutut ni, sakit sangatlah..." Hubby pun tolong picitkan, masa tu dah makan Panadol Actifast untuk kali ke-3, tapi badan start rasa panas-panas pula. Hati pun terdetik "Aku nih dah banyak telan panadol ni, tak pe ke kat baby?" Last-last tertidur.

Bangun pukul 10, badan rasa ringan sikit, pergi ke toilet. Ya Allah..banyaknya darah keluar sampai panik. Ada darah beku besar separuh tapak tangan jatuh ke lantai. Terus blur sekejap, "Kenapa boleh banyak darah ni? baru 33 minggu, uri dah naik atas. Sebab banyak sangat makan Panadol ke?" Aduh..masa tu risau yang amat bila baby dalam perut duk diam tak gerak-gerak. Lepas cuci darah, duduk sekejap di sofa, cuba kejutkan baby. 2,3, minit urut-urut perut ni, baru la baby bagi respon. Alhamdulillah, baby masih gerak. Terus aku panggil hubby minta hantar ke hospital segera.

Sampai di Hospital Kajang, nurse tanya kenapa datang. Aku yang blur terus cakap "Saya buang air, ada darah pagi tadi". Nurse pun baringkan aku dan buat test CTG untuk monitor jantung baby. Lepas doktor cek, terus dia discajkan aku sebab katanya "Saya rasa puan bukan kencing berdarah sebab sampel urin puan clear elok tak de tanda darah, mungkin disebabkan makanan yang puan makan. Tapi kita tetap hantar ke lab untuk tengok semula. Jantung baby puan kuat. Tanda-tanda bersalin pun takde. Jadi jangan risau, banyakkan rehat dan minum air lebih". Balik rumah lagi dengan kepala yang masih sakit dan sendi-sendi yang masih rasa nak tercabut.

Esoknya 3 Oktober 2015, masa nak mandi, "Eh, darah lagi. Kenapa dengan aku ni?" Kali ni darah tak banyak macam orang tuang air dari baldi macam semalam, tapi ada tompokan darah. Maka ke hospital la lagi dengan kepala yang beratnya. Terus doktor scan baby. Rupa-rupanya masih ada bahagian uri yang di bawah. Kali ni diagnose placenta previa stage 3. Langsunglah ke ward tak dibenarkan keluar hospital sehingga melahirkan. Camtulah ceritanya macamana saya boleh jadi inpatient kat Hospital Kajang ni. Tarikh czer pun dah dapat, 3 November 2015. Czer la jugak akhirnya..

Huhu..

2 comments:

  1. Alhamdulillah, Salam musim. Ini adalah untuk memberitahukan Anda bahwa Alex Scofield Company, sebuah perusahaan pinjaman swasta multi-miliar telah membuka kesempatan keuangan untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan pada akhirnya ini musim tahun. kami memberikan pinjaman dari $ 10.000 sampai $ 500.000 dengan tingkat bunga 1% untuk individu, perusahaan dan perusahaan di bawah syarat dan kondisi yang jelas dan dimengerti. Hubungi kami hari ini di: alexscofield2852@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete